Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 14 April.
“Datanglah beramai-ramai untuk kita bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor ketika ditemui media selepas pada Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Hajiji menjangkakan kehadiran sehingga 20,000 orang pada rumah terbuka itu.






























