Pengagihan makanan untuk Program Singgah Sahur bersama-sama dengan Halizah (tiga dari kiri), Syahmee (empat dari kiri) dan ahli-ahli Youth Power Club Kota Kinabalu di hadapan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.
KOTA KINABALU: Pemuda Gagasan Rakyat (PGRS) bahagian Likas bersama Youth Power Club Kota Kinabalu (YPC) telah mengadakan Program Singgah Sahur bersama Pergerakan Wanita dan awal pagi tadi.
Program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diadakan dengan mengagihkan juadah untuk bersahur di Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas dan sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Sebanyak 100 pek juadah bersahur disediakan.
Menurut Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Likas, Halizah Din berkata
bulan Ramadan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh umat Islam kerana mempunyai banyak pengajaran selain menahan lapar dan dahaga.

Halizah (tengah) dan Syahmee menyampaikan bekalan makanan untuk bersahur.
“Dalam keadaan kita menahan lapar dan dahaga, jangan sesekali kita lupa maksud di sebaliknya iaitu memahami perasaan dan keadaan golongan tidak bernasib baik, katanya selepas pengagihan makan untuk bersahur,” katanya selepas Program Singgah Sahur.
Turut hadir sama Ketua Pemuda Gagasan Rakyat bahagian Likas, Syahmee Mohd Ron serta ahli-ahli Youth Power Club Kota Kinabalu.


































