Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali yang juga Ahli Parlimen Papar turut serta usaha membantu penduduk yang terkesan.
PAPAR: Sebanyak 40 buah kampung, lapan sekolah, sembilan taman perumahan dan tiga rumah ibadat dalam daerah Papar yang membabitkan 150,000 penduduk terjejas akibat kemarau hari ini.
Pegawai Daerah, Mohd. Fuad Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar berkata, kampung yang terkesan hari ini termasuk Kg. Kuala, Kg. Bundusan, Kg. Kawang, Kg. Kuala 2 Kinarut, Kg. Berundong, Kg. Belalait, Kg. Benoni, Kg. Pengalat Kecil, Kg. Melugus, Kg. Kelanahan, Kg. Baun Sumbiling, Kg. Punson, Kg. Sulim, Kg. Ulu Sapat, Kg. Limputong, Kg. Langkuas, Kg. Titimboungon, Kg. Mook,Kg. Tampasak, Kg. Ulu Sabandil, Kg. Rampazan, Kg. Labak, Kg. Kogopon dan Kg. Purak, Kg. Tanaki, Kg. Ovai, Kg. Buang Sayang 1, Kg. Buang Sayang 2, Kg. Timbangan, Kg. Kuala Dalam, Kg. Padang Pulasan, Kg. Bambangan, Kg. Kelanahan, Kg. Sabuk Kinarut, Kg. Lapasan Kinarut, Kg. Somboi Kinarut, Kg. Anak Kinarut, dan Kg. Seri Menanti.
Katanya, sekolah yang terkesan adalah SMK Kinarut, SMK Majakir, SMK Benoni, SMAN Toh Puan Hajah Rahmah,SAN Kuala, SK Kuala, SK Pekan dan SK Pantai Manis.
Kawasan taman perumahan/rumah ibadat pula merangkumi Taman Villa Anggun, Perumahan Kelanahan, Taman Rosejaya, Taman Buang Sayang, Perumahan Kuala 1, 2 dan 3, Taman Sayang, Taman Perumahan Papar, Benoni Condominium, Palm Condominium Kinarut, Masjid Kg. Pengalat Kecil, Masjid Sungai Padang dan Gereja Kg. Limbahau.

Mohd. Fuad berkata, penghantaran bekalan air bersih melibatkan aset serta logistik daripada jabatan serta agensi terlibat seperti berikut:
i. Jabatan Air Negeri Sabah – 7 buah Alori tanker 10,000 liter
ii. Majlis Daerah Papar – 2 buah lori tanker 10,000 liter
iii. DUN Limbahau – sebuah lori tanker 20,000 liter iv. DUN Pantai Manis – sebuah lori
v. DUN Kawang – 3 buah lori
vi. PARLIMEN Papar – 2 buah lori
vii. Jabatan Kerja Raya – 2 buah lori 3 tan
viii. Jabatan Bomba dan Penyelamat – sebuah lori (rescue tender)
ix. Sukarelawan Asli Jati Engineering S/B – sebuah lori 3 tan
x. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) – sebuah lori (standby)
xi. Angakatan Tentera Malaysia (ATM) – standby (lori dan manpower)
xii. Jetama – standby (manpower dan lori) – 3 buah lori (standby)
Katanya, bagi meningkatkan kesedaran umum berkaitan larangan pembakaran terbuka, Jabatan Penerangan Negeri Sabah khususnya Pejabat Penerangan Daerah Papar pada hari ini melaksanakan Info On Wheels (IOW) di enam lokasi iaitu Kg. Pengalat Kecil, Kg. Pengalat Besar, Kg. Sekayan, Kg. Melinsung Apartment, Kg. Beringis dan Kg. Kawang.

“Jabatan Pertanian Daerah Papar melaporkan suhu mencecah 33°C turut menjejaskan pengeluaran hasil bagi tanaman jangka pendek seperti padi, sayur dan kontan ekoran ketiadaan sumber air.
“Kawasan padi yang terjejas ialah seluas 84.90 hektar, melibatkan 93 orang pesawah di dua mukim dalam kawasan N.27 Limbahau iaitu Mukim Limbahau (54.68 hektar) dan Mukim Biau – Padawan (30.22 hektar),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melapor diri di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Papar bagi tujuan penyelarasan keperluan dan berada dalam mod siap siaga menangani isu bencana kemarau.
Selain itu, Asli Jati Engineering Sdn Bhd juga telah melapor diri di PKOB bagi tujuan penyelarasan keperluan bantuan yang diperlukan.

“Saya ingin menasihatkan masyarakat yang terjejas akibat kekurangan bekalan air agar menggunakan air secara berhemah supaya pengagihan bekalan air bersih dapat dinikmati bersama dan dengan saksama.
“Saya juga mencadangkan supaya sesi solat hajat bagi meminta hujan mengikut kepercayaan masing-masing sebagai usaha spiritual,” katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi PKOB yang dianggotai pelbagai agensi serta jabatan dan telah diaktifkan 24 jam di Aras Bawah, Bangunan Urus Setia Daerah Papar dan talian 088-914999.






























