Tahun Baharu Cina Bandaraya Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Luyang.
Sambutan berkenaan dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir di sini, semalam.

Antara persembahan pada sambutan tersebut.
Selain gerai jualan makanan, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian dan nyanyian oleh murid sekolah serta tarian singa.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Richard Yong Ke Wong, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang, Gee Tien Siong.


































