KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.28 pagi pada usia 87 tahun.
Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Facebook Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.
“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.
Turut mengesahkan pemergian bekas TYT tersebut ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Ujarnya, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
“Upacara urusan jenazah kemudiannya akan turut dilakukan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
“Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.


































