Aksi para atlet ketika membuat persembahan.
KOTA KINABALU: Lima emas, dua perak dan empat gangsa cukup untuk menobatkan Penampang sebagai juara keseluruhan Karate SAGA X 2023.
Kata Berpasukan wanita merupakan acara pertama menyumbang emas daerah Penampang apabila trio Audrey Adreana Baking, Anneliese Anne Roberth dan Ivy Olivera Donny berjaya menewaskan Cassandra Jane Cornelius, Ameera Jnita Liew dan Evana Joyce Temeo Ondoh mewakili Tuaran manakala gangsa di kongsi bersama daerah Telupid dan tuan rumah, Kota Kinabalu.
Penampang turut merangkul emas dalam acara Kata Individu (wanita) apabila sekali lagi Audrey berjaya mengalahkan peserta tuan rumah, Nur Hafidzatul Alma Jakaria yang mendapat perak, pingat gangsa di raih oleh Rachel Ann Dunnis (Telupid) juga Cynthia Jane Cornelius (Kota Kinabalu).
Kecemerlangan atlet Penampang turut dijelmakan dalam kategori Kumite apabila Anneliese Anne Roberth turut merangkul emas kedua peribadi dan ketiga buat Penampang setelah berjaya menundukkan peserta Beaufort Delwyn Easter Jepin bagi disiplin berat badan tidak melebihi 50kg.
Pingat gangsa dimenangi oleh Emmabell Cassandra Eddyvicter (Kuala Penyu) dikongsi bersama peserta Sandakan, Christy Angelyn Railey.
Atlet Penampang terus mendapatkan emas kategori Kumite disiplin berat badan tidak melebihi 61kg melalui Annabel Mazlan yang cemerlang menewaskan peserta Kuala Penyu, Kathlyne Pani yang memenangi perak, manakala gangsa milik bersama pasukan Keningau, Gizzzelle Joshua Thomas dan Regina Coeli Vincenta.
Emas terakhir Penampang diraih oleh Eldrich Aaron Anthony bagi kategori Kumite bawah 84kg selepas mengenepikan cabaran peserta Lahad Datu, Nur Syazrin Putra Jefri, Hazron Joel Hadrin (Ranau) dan Eden Manuel (Tambunan) yang masing-masing mendapat perak dan gangsa bersama.
Sementara itu, Beaufort berjaya memperoleh tiga emas melalui acara Kumite Berpasukan lelaki yang menampilkan gandingan Mohd Zaidan Zainal, Rj Rowny Ray Roger, Joshua James John, Calvin Eusebius dan Ethan Iskandar Mohamat menepati ramalan apabila berjaya menundukkan peserta tuan rumah, Muhammad Syafieqrullah Halim, Beckster B Dulian, Muhammad Danial Abdu Salam, Darren Voon Jun Chen dan Muhammad Rafiuddin Faiz Razmi yang berpuas hati dengan pinga perak.
Selain itu, Beaufort turut menang emas bagi acara individu Kumite lalaki apabila Joshua James John berjaya mengalahkan peserta tuan rumah, Beckster B. Dulian dalam disiplin berat bawah 60kg manakala Mohd Zaidan Zainal menang kategori disiplin bawah 75kg setelah berjaya menghalang dominasi Penampang menerusi Hayden Hansannon Suimin yang memenangi perkara
Pasukan Papar dan Tambunan turut cemerlang selepas berjaya merangkul masing-masing dua emas dalam acara yang disertai.
Papar mendapatkan emas pertama melalui Kata Berpasukan lelaki setelah gandingan Malai Ahmad Malai Johan, Syahrul Ramadan Abdullah dan Mohd Haikal Henry berjaya menghalang kemaraan peserta tuan rumah, Eddel Jerry Jaimun, Nowell Syelvester Anak Yampil dan Alvince Zurizal yang terpaksa berpuas hati mendapat perak, sementara Penampang dan Tuaran yang menurunkan Eldrich Aaron Jubili, Jericho Jones Jr Jiliko, Jude Joseph Johannes dan Nur Aizat Aiman Abdullah, Mickail Zaquan Zurizal dan Kevin Karl Erwan berkongsi pingat gangsa.
Atlet Papar, Mohammad Haznil Henry tidak ketinggalan menceriakan kem Papar apabila menang emas bagi kategori Kata individu lelaki yang berjaya mengalahkan Kevin Karl (Tuaran) di tempat kedua manakala peserta Penampang, Mukhriz Mazlan dan Alvince Zurizal mewakili Kota Kinabalu.
Dua emas milik Tambunan diperoleh dari Kategori Kumite wanita berat bawah 55kg dan 68kg yang disumbangkan oleh Adeola Fay Robert dan Prisca Easter Philip, perak dimenangi oleh peserta tuan rumah Joshenna Joyce Johnny serta Eidelwiess Franzel Fancey (Kuala Penyu).
Sukan Karate edisi kali ini menawarkan 17 pingat emas menyaksikan Tenom, Keningau, Kota Belud, Kuala Penyu dan Kota Kinabalu turut memperoleh pingat emas.






























