Asnirul dan Asmirul berkongsi kegembiraan bersama orang tersayang.
KENINGAU: Keningau merangkul tiga daripada lapan pingat emas acara Boling Padang Sukan Sabah Ke-10 (SAGA X) 2023.
Juara edisi lepas, Edver Rivaldee Holiday menjadi penyumbang pertama Kontinjen Keningau apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara Single lelaki.
Edver menewaskan peserta Tenom, Jellneson Joanis, 21-16 pada perlawanan akhir manakala pemenang bersama pingat gangsa ialah Novre Noh Christiefecient (Pitas) dan Asmirul Arispadillah (Kota Belud).
Keningau turut memenangi emas melalui gandingan Elldy Maxcanzie Zosmi, Alvandino Antoni, Darren Davy dan Ezequiell Junaidh dalam acara Fours lelaki di Kompleks Sukan Keningau.
Mereka mengalahkan gandingan Mohamad Raziq, Muhammad Shazwan Hakemi, Mohd Hazwan Mokran dan Mohammad Rabain (Beaufort)17-3pada perlawanan akhir.
Manakala, pemenang bersama pingat gangsa oleh pasukan Beluran yang menurunkan Muhamad Iqmal Rizam, Muhamad Khairil Darmansjah, Airil Iman Mohd Nin dan Muhammad Alif Haiqal serta pasukan tuan rumah Kota Kinabalu, menerusi gandingan Mohammad Raihan Norkizan, Mohammad Rafidani Norkizan, Mohammad Rahime Norkizan dan Mohammad Syameel Ruamin.
Satu lagi pingat emas Keningau diperoleh dalam acara Triples lelaki melalui gandingan sama iaitu Elldy Maxcanzie Zosmi, Alvandino Antoni dan Ezequiell Junaidh sekali gus mengetepikan cabaran Beaufort diwakili Mohamad Raziq, Muhammad Shazwan Hakemi Sa’adan dan Mohd Hazwan Mokhran yang memenangi perak dengan kiraan mata 14-5.
Sementara itu, pingat gangsa dimenangi peserta tuan rumah, Mohammad Rafidani Norkizan, Mohammad Rahime Norkizan dan Mohammad Syameel Ruamin serta pasukan Beluran menerusi Muhamad Khairil Darmansjah, Airil Iman Mohd Nin dan Muhammad Alif Haiqal.
Pasukan Sandakan turut memenangi emas melalui Nuremilda Jazeemi Jali dalam acara Single wanita menewaskan Adilah Justine (Tenom) 17-16, manakala pemenang bersama pingat gangsa kepada Nurul Shazwanie Suardiansah dan Aleeya Adriana Azlhan masing-masing mewakili Beluran dan Kota Belud.
Selain itu, Sandakan juga meraih emas dalam acara Triples wanita melalui Nur Effa Nazira Donny, Najwatul Fadilah Jonaidi dan Nur Munirah Amani Abdullah menewaskan gandingan Keningau Sharone Anne Kevin, Vianney Ann Kevin dan Melaudey Ann Turus dengan kiraan mata 15-6.
Pingat gangsa pula dirangkul oleh Wan Afiqah Khayla, Najah Auni Nadiah juga Wan Arisya Sofea mewakili tuan rumah dan kontijen Beluran yang diwakili oleh Jillian Jill Jesseylin, Nur Insyirah Hawani dan Nurfarah Azierah Sabardin.
Bagi acara Pairs, pasukan Tenom yang menurunkan Suzileyana Zosmi dan Adilah Justine merangkul emas bagi kategori wanita mengalahkan cabaran pemenang pingat emas single wanita Nuremilda yang berduet bersama Nurafeqah Qhalisah Alham dari Sandakan dengan markah 18-3.
Gandingan adik beradik Asnirul dan Asmirul Arispadillah dari Kota Belud merangkul emas kategori lelaki menewaskan cabaran tuan rumah, Azami Azlie dan Mohammad Raihan Norkizan, 19-3.
Pingat emas terakhir di menangi oleh Nurzarifah Wajihah Zaidi, Aleeya Alyssa Ade Azlhan, Dania Intissar Dzulkarnain dan Nur Sandra Qyra Mohd Jufree (Kota Belud) dalam acara Fours sekali gus meleburkan impian Suzileyana Zosmi, Zella Aaron Atin, Jeavegrace Jod dan Nurul Shaheerra Rosley (Tenom) yang memenangi perak dengan kiraan mata 12-4.
Pingat gangsa pula dikongsi oleh Nurfatin Nazierah Sabardin, Jillian Jill Jesseylin, Nur Insyirah Hawani dan Nurfarah Azierah Sabardin (Beluran) dan gabungan Nur Effa Nazira Donny, Najwatul Fadilah Jonaidi, Nur Munirah Abdullah serta Nurafeqah Qhalisah Alham (Sandakan).