Nazri (kanan) dan Mansah (kiri) bergambar bersama pemenang Cross Country selepas menyampaikan hadiah kepada Faiq (tengah) Aiman (dua dari kanan) dan Aaron (dua dari kiri).
PENAMPANG: Peserta Nabawan, Muhammad Faiq Matjini muncul juara dalam acara individu Cross Country Olympics lelaki Berbasikal Sukan Sabah (SAGA X).
Faiq mencatatkan masa 1:13:50 saat bagi memburu emas dengan menewaskan lawannya dari Beaufort, Muhammad Aiman Zakwan Zuraidi yang hanya memperolehi pingat perak, manakala Aaron Oneal Cliff Shen, Kota Marudu mendapat pingat gangsa.
Bagaimanapun, Muhammad Aiman dinobat juara dalam acara basikal downhill dengan catatan masa 00:47.251 meninggalkan pihak lawan Ryan Rogel Yaul (Penampang) di tempat kedua dan Thierry Hendry (Ranau).
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun dan Pengurus Pasukan Basikal Kalabakan, Abdul Mansah Abdul Samat.
Dalam pada itu, di vanue Kompleks Sukan Ranau, pemanah Kota Kinabalu yang juga merupakan pemanah pilihan, Aloysius Gabriel Liew tidak menghadapi masalah menewaskan pemanah Papar, Muhammad Irfan Sobrun Masa dengan kiraan mata 139 berbalas 126 bagi memperoleh pingat emas pada acara compound lelaki akhir.
Manakala, Jassel Lu Chun Vui (Kota Kinabalu) turut berjaya mendapat pingat gangsa selepas menewaskan rakan sepasukan Nathaniel Tan Zhi We dengan kiraan mata 140 berbalas 134.
Seramai 21 pemanah beraksi pada acara compound lelaki dari 9 pasukan pada hari ketiga acara memanah Sukan Sabah edisi Ke-10 di Kompleks Sukan Ranau.