Pasukan bomba memadamkan kebakaran melibatan dua unit rumah atas kedai di Tenom. – Ihsan Bomba
TENOM: Dua unit rumah di tingkat dua kedai di Pekan Tenom musnah dijilat api malam tadi.
Bagaimanapun, tada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 6.15 dan sepasukan anggota diletuai Komander Operasi, PPgB Zainal Sinsian dikejarkan ke lokasi.
Katanya, setiba di tempat kejadian, didapati kedua-dua unit rumah jenis kekal berukuran 20’x20′ setiap lot terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 200kaki empat pancutan sumber air dari Pili Bomba berhampiran,” tambahnya.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.28 malam, sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam.


































