Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR: Seramai 9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini yang mana keputusannya boleh diketahui hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kelmarin.
“Urusan pengambilan guru bagi 2023 sedang dilaksanakan oleh SPP dan calon guru akan mendapat keputusan berkaitan permohonan di laman web SPP mulai esok (hari ini).
“Mereka ini akan mengisi 9,552 kekosongan guru,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, kelmarin.


































