Abidin (tiga kiri) yang mewakili Ketua Menteri bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin (empat kanan), Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) dan FCAS, Tan Sri T.C Goh selepas melakukan gimik perasmian Kota Kinabalu Torch Run 2023 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, larian obor bukan saja mampu mempromosikan budaya masyarakat Cina tetapi juga dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama.
Beliau berkata demikian sempena pelancaran Larian Obor Kota Kinabalu 2023 sempena sambutan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38, di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Ketua Menteri diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir merasmikan acara tersebut.

Abidin turut melahirkan rasa berbesar hati melihat sokongan padu daripada masyarakat Cina untuk acara kebudayaan seperti ini.
Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menjadi tuan rumah bagi siri ke-38 festival tersebut yang bertemakan ‘Cultural Kinabalu, Sharing of Prosperity Between East & West Malaysia’.





























