Polis membawa sejumlah tulang milik mayat yang ditemukan dalam 24 kubur tidak bertanda di negeri Tamaulipas, Mexico.
MEXICO CITY: Pencarian puluhan ribu orang yang dilaporkan hilang di Mexico sejak beberapa dekad lalu mula berhasil apabila pihak berkuasa menemukan 24 kubur tidak bertanda di negeri Tamaulipas.
Menurut Utusan Malaysia, sebanyak 11 kubur ditemukan di Reynosa, iaitu sebuah bandar berhampiran sempadan dengan Amerika Syarikat (AS) dan dianggarkan terdapat 22 mayat dalam kesemua kubur berkenaan.
“Kebanyakan tulang yang ditemukan tertanam dalam kubur itu antara 10 dan 14 bulan yang lalu,” menurut jurucakap keselamatan tamaulipas, Jorge Cuellar kepada akhbar Milenio.
Tamaulipas adalah lokasi yang kerap berlaku perbalahan antara kumpulan jenayah terancang yang bergelut dengan laluan pengedaran dadah.
Dengan 13,000 kes masih dalam rekod, tamaulipas mempunyai jumlah kedua tertinggi orang hilang selepas negeri Jalisco yang merekodkan 15,000 kes orang hilang.
Mexico merekodkan lebih 110,000 kes kehilangan orang dengan majoritinya dikaitkan dengan organisasi jenayah sejak 1962.
Negara itu juga mencatatkan lebih 350,000 kes pembunuhan sejak pelancaran serangan antidadah yang keontroversi membabitkan pasukan tentera pada Disember 2006.
Kecewa dengan proses rasmi yang lembap daripada pihak berkuasa, banyak ahli keluarga mencari mangsa hilang menggunakan kaedah sendiri
Pada Mac lalu, empat rakyat AS dipercayai diculik oleh kumpulan pengedar dadah di bandar Matamoros.