Pasukan bomba membantu mengangkat mayat wanita itu untuk diserahkan kepada pihak polis. – Ihsan Bomba
PAPAR: Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai di sini sekitar tengah hari tadi.
Pasukan bomba dipanggil untuk membantu mengangkat mayat wanita tersebut untuk diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar PPgB Rozlan Osman berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Sapat, Jalan Mogon, di sini, sekitar tengah hari.
“Panggilan diterima menerusi talian balai dan sepasukan tujuh orang diketuai Komander Operasi, PBK II Hamdani Harith dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh tiga kilometer dari BBP itu, pasukan bomba memberikan bantuan mengangkat mayat yang tersangkut di pokok di kawasan tepi sungai dengan menggunakan sebuah bot nelayan.
“Mayat mangsa seterusnua diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, sambil menambah maklumat mengenai wanita tersebut tidak diperoleh.
Menurut Rozlan, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 12.08 tengah hari.































