Hajiji (kanan) mendengar taklimat diberikan oleh Pairin mengenai rancangan pembangunan masa depan KDCA di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 31 Mei di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.
Ini antara perkara yang dibincangkan ketika jawatankuasa pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) diketuai Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di pejabatnya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Anwar Ibrahim
Pada mesyuarat itu, Pairin turut membentangkan laporan pembangunan KDCA kepada Ketua Menteri yang termasuk, antara lain rancangan pembesaran dan naik taraf bangunan KDCA dan penubuhan Yayasan Pendidikan dan Amal Huguan Siou.
Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, serta Setiausaha Agung. KDCA, Datuk Suman Yasambun.