Suasana ketika sambutan Aidilfitri-Kaamatan Peringkat JaPen Sabah.
KOTA KINABALU : Sambutan Aidilfitri-Kaamatan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah membentuk semangat harmoni dan setiakawan.
Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata, sambutan berkenaan menjadi platform membentuk semangat keharmonian, setiakawan sekaligus mengukuhkan amalan kerja berpasukan.
“Walaupun serba sederhana, namun sambutan ini nyata meriah dan penuh bermakna apabila diraikan bersama semua anggota JaPen tanpa mengira fahaman agama dan kepercayaan.
“Amalan berhimpun yang dihadiri oleh hampir semua warga kerja JaPen sama ada di peringkat ibu pejabat atau daerah serta Pegawai Perhubungan Awam juga pastinya memberi banyak manfaat kepada organisasi.
“Sambil menikmati juadah, sudah pasti kita akan berinteraksi sesama kakitangan dan ini pastinya mempengaruhi misi dan agenda dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan seiring perkembangan semasa.
“Saya berharap setiap anggota JaPen akan terus menjadikan sambutan perayaan seperti ini sebagai landasan persefahaman dan keharmonian seterusnya menjadi titik tolak ke arah perkhidmatan organisasi yang dibanggakan,” ujarnya selepas sambutan yang diadakan di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital, pada Khamis.
Sambutan yang dihadiri oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor itu turut dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun bagi kakitangan yang lahir pada bulan April dan Mei.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Busmin Brahim, KPP Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Sulia Banying Gihang, KPP Bahagian Komunikasi, Visual dan Seni Reka, Razif Che Hashim, KPP Bahagian Media Siber, Geraldine Voo, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit, KPP Bahagian Perhubungan Awam, Zamri Abdul Ghani, Pegawai-pegawai Penerangan Daerah dan warga JaPen Sabah.



























