TUARAN: Seorang lelaki cedera apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Timbuk Tambalang 23, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohd. Abd. Qawie Abdul Gapar berkata, panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 7.20 pagi dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBKII KUP Ramlan Beta dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh lima kilometer dari BBP itu, didapati sebuah motosikal telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa iaitu penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Qawie berkata, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital Tuaran menggunakan jentera EMRS.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 7.42 pagi,” katanya.



























