KOTA KINABALU: Tiada bukti sabotaj, kebakaran atau letupan.
Demikian laporan pasukan penyiasat tragedi ‘Double Six’ yang dinyahklasifikasi hari ini berhubung siasatan terhadap punca pesawat terhempas pada 1976, yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.
Menurut Utusan Malaysia, pasukan penyiasat mendedahkan pesawat itu diselenggara mengikut jadual, selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan.
Jelas laporan itu, bagaimanapun kedudukan pusat graviti pesawat di luar had buritan kapal dan ia jelas bahawa prosedur operasi yang dijalankan oleh juruterbang syarikat itu tidak mengikut standard profesional.