Anggota bomba ketika melakukan operasi pemadaman. – Ihsan Bomba
PUTATAN: Sebuah bangunan kedai elektronik tiga tingkat di sini terbakar semalam.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 7.53 malam.
Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK I KUP Callixtus Fedillis dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP.
Mereka dibantu pasukan dari BBP Kota Kinabalu.
Setiba di lokasi, didapati bangunan kedai jenis kekal berkeluasan 40x50kaki persegi itu terbakar 30 peratus di tingkat satu.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan dan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera.
Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.23 malam.
Selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud operasi ditamatkan pada jam 11.48 malam.





























