Hajiji (tiga kanan) menerima sumbangan Ramadan sebanyak RM100,000 daripada Yussof.
KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan sumbangan Ramadan RM100,000 menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.
Pengerusi Jetama, Datuk Yussof Abd. Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.
Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, di sini.

Hajiji (tiga kanan) menerima kurma daripada Yussof.
Terdahulu, Ketua Menteri turut membincangkan isu bekalan air. Jetama telah diberi konsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.
Turut hadir Timbalan Pengerusi, Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar, Lo Ho Min.





























