Pasukan bomba ketika memadamkan kebakaran kereta itu. – Ihsan Bomba
LAHAD DATU: Sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di Jalan Bikang, Kampung Bikang, di sini petang kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3.20 petang itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima menerusi talian MERS999 pada jam 3.28 petang dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Mohd. Suait Mohammad dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 14 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Kancil telah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera bomba,” katanya.
Menurut Sumsoa, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan setelah memastikan tiada keberbaahayaan lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan pada jam 4 petang.

























