Kebakaran memusnahkan sebuah rumah atas air di Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau awal pagi tadi. – Ihsan Bomba
TAWAU: Sebuah rumah atas air musnah dijilat api di sini awal pagi tadi.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Hidayat, Batu 4 pada kira-kira jam 3.50 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 3.58 pagi dan sepasukan 15 anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBKII Kasdi Latimin dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak lapan kilometer dari BBP.
“Setiba di sana, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 55X100 kaki persegi terbakar 100%.
“Manakala sebuah rumah dirobohkan bahagian dinding bagi mencegah api daripada merebak.
“Operasi pemadaman menggunakan menggunakan 1 aliran 2 pancutan 700 kaki sumber air dari tangki water tanker dan air laut (pam angkut),” katanya.
Jemishin berkata, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.44 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.20 pagi.

























