Supian (kiri) bersama sidang jemaah mengamati isi kuliah yang disampaikan.
KOTA KINABALU: Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Kota Kinabalu berjaya menarik kehadiran lebih 100 jemaah.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu itu diadakan di Surau Al Muhajirin, Kuarters Kerajaan Persekutuan KM 5 dan dihadiri jemaah qariah dari kawasan berhampiran kuarters berkenaan.
Usai solat Maghrib, wakil dari Pusat Tahfiz Al-Istiqamah, Mohd Salehuddin Akhbar menyampaikan kuliah maghrib bertajuk, “Ihya Ramadan”.
Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.

























