KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan Bazar Ramadan bagi tahun 2023 yang akan bermula pada 23 Mac 2023 (Khamis) hingga 21th April 2023 (Jumaat). jam 2.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari di lokasi-lokasi Bazar Ramadan yang telah dikenal pasti oleh DBKK.
Sehubungan dengan itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK akan melaksanakan penutupan sementara lokasi-lokasi yang tersenarai di bawah bagi memberi laluan kepada penganjuran Bazar Ramadan tersebut di atas mengikut perincian berikut:-

Noorliza berkata, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, DBKK menasihatkan para pengguna jalan raya. para pengusaha kedai berdekatan lokasi bazar, para peniaga dan pengunjung untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif serta tempat letak kereta lain yang berhampiran sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tapak parkir ini.





























