Dr. Joachim Gunsalam
KOTA KINABALU: Lapan daerah iaitu Tawau, Sandakan, Tuaran, Papar, Penampang, Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah merekodkan penurunan kes Covid-19 dalam tempoh seminggu daripada 19 hingga 25 Februari.
Manakala empat daerah iaitu daerah adalah Kudat, Kota Marudu, Nabawan dan Beluran mencatatkan peningkatan jumlah kes berbanding minggu sebelumnya.
Dalam tempoh tersebut, terdapat sebanyak 19 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah, turun 12 kes berbanding minggu sebelumnya (12 -18 Feb) (31 kes).
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, sebanyak 17 daerah tidak mencatatkan sebarang kes minggu ini (19-25 Feb).
Katanya, ini melibatkan, Keningau, Semporna, Putatan, Kota Belud, Beaufort, Kalabakan, Kunak, Kinabatangan, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kuala Penyu, Telupid dan Tongod.
“Tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri daripada 19 hingga 25 Feb,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.























