KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda di tingkat lima sebuah hotel di Karamunsing, di sini, pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 6.44 pagi dan sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II KUP Sulastri Hassan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setiba di tempat kejadian, pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan KKM dan seterusnya diserahkan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 7.35 pagi.

























