Operasi SAR yang dilakukan kelmarin. – Ihsan Bomba
SANDAKAN: Seorang lelaki nekad terjun ke laut bagi mengelakkan dari polis di sini Jumaat dikhuatiri lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Nor Azizi Che Noh berkata, kejadian berlaku di Kampung Pukat Pasir Putih.
“Balai dimaklumkan pada jam 8.57 pagi kelmarin mengenai insiden itu, dan satu unit penyelamat seramai 11 orang bersama dengan sebuah van EMRS, sebuah van, sebuah Hilux dan sebuah bot dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi yang terletak 15 kilometer dari balai itu, pasukan yang diketuai Komander Operasi, PBK II Alan Ayuh dan disertai tiga orang anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) diberitahu terdapat seorang mangsa lelaki dikhuatiri lemas di laut.
“Menurut maklumat dari pihak polis mangsa warga Filipina yang berumur 18 tahun itu telah terjun ke laut Jumaat untuk melarikan diri dari polis eelepas dikatakan bergaduh dengan rakannya. Pada mulanya operasi pencarian telah dijalankan oleh pihak Maritim lebih kurang sejam tetapi mangsa belum ditemui,” katanya.
Menurut Nor Azizi, pasukan bomba bertindak operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah Surface Rescue dan anggota unit PPDA bersiap sedia melakukan selaman.





























