KOTA KINABALU: Sebanyak lima kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, naik satu kes berbanding kelmarin (4), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,767 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 10 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,465 orang.
Manakala 135 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tiga orang di ICU/repurposed critical care manakala satu orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.