BEIJING: Sebuah tanglung arnab gergasi terpasa diturun di barat daya China selepas pengguna internet mengadu ia terlalu hodoh.
Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, tanglung itu diletakkan di Dataran Sanxia di Chongqing yang mempunyai 30 juta penduduk sempena meraikan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
“Arnab itu mempunyai kening yang tebal dan kelihatan seperti lelaki dengan ekspresi serius. Adakah ini arnab perayaan?” kata seorang pengguna aplikasi pemesejan WeChat.
Dalam zodiak Cina, tahun 2023 adalah tahun Arnab dan mamalia itu dianggap sebagai haiwan yang comel dan lembut dalam budaya Cina.
“Pengguna Internet mengatakan bahawa tanglung arnab di dataran itu terlalu memalukan. Selepas menerima banyak aduan, kami meminta kakitangan untuk merobohkannya,” kata Jawatankuasa Pengurusan Daerah Komersial Dataran Sangxia kepada media tempatan Hongxin News.
Seorang lagi pengguna WeChat menyifatkan tanglung itu kelihatan seperti ‘jembalang arnab’.
Tetapi terdapat sesetengah yang berpendapat tanglung itu tidak perlu diturunkan kerana kelihatan seperti lampu tradisional.