Suasana sekitar sidang DUN Sabah pada Isnin.
KOTA KINABALU: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas kelmarin (Isnin) bermula jam 10 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan dengan 12 soalan sempat dijawab disusuli sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) yang dibentangkan pada 25 November lalu.

Terdahulu, Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M. Yahya memaklumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor tidak hadir ke sidang DUN mulai hari ini hingga Rabu berikutan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.