Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Cameron Highlands mengeluarkan mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang. – Ihsan Bomba Pahang
KUANTAN: Seorang pemandu jentolak berusia 37 tahun maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.54 tengah hari dan mangsa yang tertimbus itu dikeluarkan pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang mana sebuah jentolak turut tertimbus.
“Didapati terdapat seorang mangsa di lokasi kejadian dipercayai pemandu jentolak tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.