KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 154 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 56 kes berbanding kelmarin (210).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu hari ini terbit daripada bilangan sampel ujian yang rendah, yakni 943 berbanding 1,338 semalam.
Walau bagaimanapun katanya, kadar positiviti terus meningkat kepada 16.33 peratus daripada 15.70 peratus kelmarin.
Katanya, empat daerah mencatatkan kes baharu dua angka iaitu Kota Kinabalu 62 kes (+17), Penampang 20 kes (+2), Lahad Datu 18 kes (-2) dan Kota Marudu 10 kes (kekal).
“Sebanyak 14 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Keseluruhan 154 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 62 (45)
Penampang 20 (18)
Lahad Datu 18 (20)
Kota Marudu 10 (10)
Papar 9 (31)
Tuaran 9 (18)
Tawau 8 (18)
Sandakan 7 (7)
Kudat 3 (0)
Kalabakan 2 (0)
Kota Belud 2 (22)
Pitas 2 (0)
Tenom 2 (3)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (4)
Keningau 0 (4)
Kinabatangan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Putatan 0 (7)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 26/11/2022)
Kluster Baharu
Tiada