KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 210 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 56 kes berbanding kelmarin (266).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kadar positiviti terus meningkat kepada 15.70 peratus berbanding 14.61 peratus kelmarin.
Katanya, angka jangkitan yang menurun berpunca daripada bilangan sampel ujian yang jauh lebih rendah hari ini (1,338) daripada jumlah semalam (1,821).
Sebanyak lapan daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 45 kes (-6), Papar 31 kes (+8), Kota Belud 22 kes (-3), Lahad Datu 20 kes (+3), Penampang 18 kes (kekal), Tuaran 18 kes (+2), Tawau 15 kes (-2) dan Kota Marudu 10 kes (-12).
“Jumlah daerah yang tidak merekodkan jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu meningkat daripada lima daerah kelmarin kepada 11 daerah hari ini,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 210 kes yang direkodkan hari ini, 208 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 45 (51)
Papar 31 (23)
Kota Belud 22 (25)
Lahad Datu 20 (17)
Penampang 18 (18)
Tuaran 18 (16)
Tawau 15 (17)
Kota Marudu 10 (12)
Putatan 7 (8)
Sandakan 7 (18)
Beluran 4 (6)
Keningau 4 (11)
Kuala Penyu 3 (5)
Tenom 3 (2)
Tambunan 2 (0)
Kinabatangan 1 (2)
Beaufort 0 (11)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (10)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (4)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (3)
Semporna 0 (2)
Sipitang 0 (4)
Telupid 0 (1)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 25/11/2022)
Kluster Baharu
Tiada