KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Oleh itu, katanya, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Hajiji Haji Noor
“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.
“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” kata Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini.