TENOM: Seorang lelaki dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Sungai Padas Tenom hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.26 pagi menerusi talian MERS 999.

Menurut pemanggil, terdapat seorang mangsa dikhuatiri terjatuh dari atas jambatan.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PPgB Mohd. Zainal Sinsian bersama jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom dikejarkan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat.