HULU LANGAT: Seorang pemuda ditemukan maut selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di Sungai Semungkis di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras.
Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pukul 1.21 petang dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Kata Norazam, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.