Andi membuat pelepasan konvoi di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau.
TAWAU: Masyarakat diseru menzahirkan semangat cinta negara menerusi kibaran Jalur Gemilang sama ada di bangunan kerajaan, premis-premis perniagaan, rumah mahupun kenderaan.
Seruan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy itu adalah bersempena Majlis

Azuary (kiri), Razif (dua dari kiri) menyaksikan Andi menandatangani buku lawatan Konvoi KMKM 2022.
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tawau di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, hari ini,
Pada majlis itu, Andi menandatangani Buku Lawatan Konvoi KMKM 2022, sebelum membuat pelepasan konvoi yang disertai 50 peserta dengan 17 buah kenderaan yang meneruskan perjalanan 245 km ke Semporna.
Hadir sama, Ketua konvoi KMKM 2022 Negeri Sabah, Razif Chek Hashim, Ketua Polis Daerah, ACP Jusmin Hussin, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang serta Pegawai Penerangan Daerah, Azuary Abdul Azis.