Portable gas refill yang meletup dalam kejadian itu. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Para penghuni sebuah perumahan pangsapuri di Jalan Tuaran Bypass di sini digemparkan dengan satu kejadian letupan yang kemudiannya didapati berpunca daripada satu portable gas refill yang meletup petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Renno Walter bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas turut dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3 petang.

Setiba di lokasi kejadian, didapati letupan itu melibatkan portable gas refill di luar kawasan rumah dan tidak melibatkan kerosakan dan kebakaran struktur.
Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan menyeluruh di sekitar lokasi kejadian memastikan tiada kemerbahayaan lain.
Operasi dilaporkan terkawal pada jam 3.15 petang dan seterusnya ditamatkan pada jam 3.50 petang.