Paluan gong daripada Kumpulan Kebudayaan KKM Kg. Masak dan 100 pelajar dari Kelab Malaysiaku SMK St Francis Xavier, Keningau
KENINGAU: Persembahan paluan Gong Murut Nabai menyemarakkan program Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 di Padang Bandaran Keningau, pada Jumaat.
Persembahan Kumpulan Kebudayaan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kg. Masak tersebut diketuai oleh Enson Aris.

Tetamu yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama peserta konvoi sebelum majlis pelepasan di Padang Bandaran Keningau.
Ketibaan konvoi turut diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 pelajar dari Kelab Malaysiaku SMK St Francis Xavier, Keningau.
Manakala, pelepasan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin.
Perjalanan seterusnya adalah sejauh 350km meliputi Keningau, Sook, Nabawan, Kalabakan dan akan bermalam di Daerah Tawau.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya, Robert Tawik @Nordin; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng; ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman; Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah serta Pegawai Penerangan Daerah , Awang Mamun Awang Saman.