Acara menandatangani buku lawatan konvoi KMKM oleh Sofrie.
TAMBUNAN: Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 yang memasuki hari ketiga penjelajahan sempat mengunjungi beberapa perhentian di daerah ini.
Konvoi yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah yang singgah di SMK Nambayan dan SMK Tambunan masing-masing disambut oleh Pengetua sekolah, Sofrie Anuar dan Yusuf Rosli@ Joseph Rusak sebagai salah satu usaha menggelorakan semangat kemerdekaan pada generasi muda.

Suasana deretan kenderaan konvoi yang meneruskan perjalanan dari Tenom ke Daerah Tambunan.
Perjalanan Konvoi KMKM 2022 diteruskan ke Pisompuruan Square sebelum singgah di Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kg Merampong, Keningau dan bermalam di Pekan Keningau.