Arthur membuat pelepasan konvoi yang diiringi kenderaan Polis Diraja Malaysia.
NABAWAN: Masyarakat digesa menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu dengan memelihara nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Kurup berkata nikmat kemerdekaan harus dijaga kerana ia tidak mudah diperolehi.
“Melaluinya generasi kini mengecapi keamanan dan kemakmuran dari pelbagai aspek terutama kesihatan serta pendidikan.

Arthur (tengah)merakamkan gambar kenangan bersama-sama peserta, para pelajar dan guru-guru SMK Sook.
“Oleh itu, peliharalah agar nikmat ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 di Dewan Terbuka Nabawan, pada Jumaat.
Pada majlis tersebut beliau menandatangani Buku Lawatan Konvoi KMKM 2022 Peringkat Negeri Sabah serta membuat pelepasan konvoi yang meneruskan perjalanan ke Daerah Tawau.
Hadir sama, Pegawai Daerah, Nilden Gimbang; Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim serta Pegawai Penerangan Daerah, Sam Mansibu.
Terdahulu, Arthur dan isteri, Datin Stella Boklin turut meraikan ketibaan konvoi bersama-sama
Pengetua SMK Sook, Pancratius Primus serta kira-kira 1,000 pelajar sekolah berkenaan.
Pada majlis itu, Arthur dan peserta konvoi dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan sumazau di bawah Kelab Tarian SMK Sook pimpinan guru, Sarizan Nuid.