Petugas dan unit kenderaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah turut menyertai Konvoi KMKM 2022 Sabah.
BEAUFORT: Deklamasi sajak kemerdekaan menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 ke daerah ini.
Deklamasi sajak bertajuk “Peristiwa Tidak Berdarah” disampaikan pelajar SMK Gadong, Darwina Khairunnisa Maidin sebagai pembuka acara.

Darwina menyampaikan sajak kepada peserta konvoi dan hadirin yang hadir.
Pada majlis tersebut, ketibaan konvoi KMKM 2022 disambut oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih di pekarangan Pejabat Daerah Beaufort, pada Rabu.
Daerah Beaufort merupakan daerah pertama persinggahan Konvoi KMKM 2022 yang memasuki hari kedua, sebelum meneruskan perjalanan ke SMK Weston dan Pekan Sipitang.