Limus (tiga dari kanan) mengetuai edaran jalur gemilang di beberapa premis
KUALA PENYU: Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan, 50 helai jalur gemilang diedar ke beberapa premis perniagaan di sekitar Pekan Kuala Penyu.
Edaran berkenaan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury yang juga {eembantu Menteri Kerja Raya Sabah diiringi Ketua Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Sabah 2022, Nadzerah Abdullah serta Pegawai Daerah, Sebastian Ingkim pada petang Selasa.
Konvoi 30 kenderaan yang berlepas dari Padang Pekan Papar pada jam 10.15 pagi, tiba di daerah ini selepas membuat edaran jalur gemilang di SMK Bongawan II dan SK Saga-Saga Membakut, sekali gus melengkapkan jarak 120 km pengembaraannya pada hari pertama di bahagian pedalaman bawah Sabah.

Nadzerah (kiri) menyambut ketibaan Limus di Pekan Kuala Penyu.
Esok, konvoi akan menjelajah ke daerah Beaufort dan Sipitang bagi maksud sama dengan menyasarkan Pejabat Daerah Beaufort, SMK Weston, Esplanade Pekan Sipitang dan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kg Malamam sebagai lokasi persinggahan.