Nadzerah Abdullah
SANDAKAN: Sebagai satu pasukan yang mantap dan saling terhubung, kakitangan dan pegawai Jabatan Penerangan (JaPen) Sandakan sentiasa komited dan konsisten dalam melaksanakan amanah Kerajaan dan rakyat.
Untuk merealisasikannya, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah melakukan lawatan kerja ke Sandakan Rabu lepas dengan matlamat untuk meningkatkan semangat dan komitmen berterusan jabatan itu sebagai penyampai maklumat bersemuka yang sentiasa ada cabarannya.

Nadzerah (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat
Pembantu Penerangan Kanan JaPen Sandakan, R Fauzi Abdul Lahap berkata pelbagai perkara telah dibincangkan, daripada aspek kerja sehinggalah kepada isu semasa.
“Kehadiran Ketua Penolong Pengarah Busmin Brahim dan Azilah, Penolong Pengarah dari Bahagian GSPI JaPen Sabah, juga memberi nilai tambah pada sesi perbincangan berkenaan.
“Ini yang kita perlukan, iaitu input-input bernas yang memberikan idea-idea baharu kepada kita untuk menggerakkan perkhidmatan yang lebih baik dan effisien kepada masyarakat setempat.

R Fauzi Abdul Lahap
“Semoga lawatan ini bukanlah yang terakhir, sebaliknya akan ada banyak lagi lawatan seperti ini pada masa hadapan. Mungkin dikesempatan yang lain, lebih banyak aktiviti yang kita boleh anjurkan bersama,” katanya.
Semua kakitangan dan pegawai di sini berterima kasih kepada Nadzerah serta team Ibu Pejabat atas perkongsian idea dan pandangan mereka untuk manfaat staf JaPen Sandakan.
“Apa yang utama bagi JaPen Sandakan ialah memastikan bahawa khidmat kepada masyarakat, menerusi penyaluran maklumat yang tepat dan padat kepada orang ramai, sentiasa berjalan lancar,” katanya.
