KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 119 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 20 kes berbanding kelmarin (139).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiga daerah merekodkan penurunan kes yang agak besar iaitu Penampang -12 kes, Kota Kinabalu -6 kes dan Tawau -5 kes, berbanding hanya satu daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu Tuaran +6 kes.
Pergerakan turun naik angka daerah2 lain adalah marginal, tambah Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Katanya, bilangan daerah yang mencatatkan sifar kes meningkat daripada 15 kepada 17 daerah hari ini.
“Empat daerah, Kota Kinabalu (62 kes), Tuaran (18 kes), Penampang (12 kes) dan Papar (10 kes) mencatatkan kes baharu dua angka. Penampang mencatatkan jangkitan baharu 50% lebih rendah daripada angka semalam,” ujarnya.
Sebanyak 118 daripada 119 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 2 manakala satu kes dalam Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 62 (68)
Tuaran 18 (12)
Penampang 12 (24)
Papar 10 (8)
Sandakan 7 (6)
Kuala Penyu 4 (0)
Keningau 2 (3)
Kota Marudu 2 (0)
Kota Belud 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (4)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (3)
Tambunan 0 (3)
Tawau 0 (5)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 03/07)
Kluster Baharu
Tiada