Keadaan Vellfire yang terlibat dalam kejadian itu. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU : Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Toyota Vellfire yang dipandunya melanggar lampu isyarat kemudian terbabas di hadapan City Mall Lintas lebih kurang pada jam 1 petang kelmarin.
Mangsa berusia 30 tahun itu walau bagaimanapun dilaporkan selamat dan sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh pegawai bomba, Mohd Yusri Jamrin juga turut melaporkan bahawa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak bomba yang tiba kurang dari 10 minit sejurus kejadian melakukan pemeriksaan di sekitar parameter kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud.
Operasi menyelamat kemudian ditamatkan pada jam 1.25 petang setelah lokasi kejadian disahkan selamat.