Noorliza (tengah) semasa bergambar kenangan pada majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghargai sumbangan dan kerjasama baik yang diberikan pengamal media.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata pengamal media selama ini sentiasa memberikan liputan yang adil dan memberikan komitmen yang baik dalam menyebar luas segala kegiatan mahupun aktiviti anjuran pihaknya.

Suasana sekitar majlis berlangsung.
“Terima kasih diucapkan kepada semua rakan media kerana sentiasa membimbing serta memberikan info yang tepat dan diharap sokongan yang diberikan antara DBKK dan media ini akan sentiasa berterusan,” ujar beliau.
Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan, Peter Tong.