Keadaan kenderaan tersebut. – Ihsan Bomba
PENAMPANG: Seorang lelaki cedera apabila kenderaan jenis Toyota Hilux dinaikinya terbabas sendiri ke bahu jalan dan melanggar pokok di jalan raya berhampiran bulatan Towering di sini petang ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 2.37 petang tadi.
Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBT I Jamaludin Hussin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa mengalami cedera ringan.

Mangsa yang berusia 19 tahun diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 3.02 petang.