Edmundo (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Tun Juhar
KOTA KINABALU: Kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Mexico bakal melonjakkan sosioekonomi kedua-dua negara.
Duta Besar Mexico ke Malaysia, Edmundo Font berkata pihaknya berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala khususnya dalam sektor pelancongan.

Kelihatan Edmundo (kiri) sedang berbincang dengan Tun Juhar
“Kita berhasrat untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan.
“Untuk itu, kita bercadang menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu dan Acapulco sebagai bandar bersaudara yang akan membantu membina hubungan perdagangan di antara Sabah dan Mexico.
“Ini kerana kedua-dua bandaraya ini memiliki persamaan dari segi landskap yang wajar untuk diteroka,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Edmundo ketika ditemui media.
Beliau turut berbangga apabila mengetahui sebuah restoran Mexico Mamasita Mexican Restaurant And Tapas Bar dibuka di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Lawatan Edmundo ke Sabah selama tiga hari adalah yang pertama sejak dilantik sebagai duta pada November tahun lepas.