KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 137 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 12 kes berbanding kelmarin (125).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan tinggi jumlah jangkitan baharu di Kota Kinabalu dan Penampang menjadi faktor utama yang mengakibatkan kes harian Negeri Sabah berada pada paras yang tinggi hari ini, iaitu 137 kes.
Katanya, secara perbandingan jumlah daerah yang merekodkan penurunan jangkitan harian (13 daerah) lebih banyak daripada daerah yang merekodkan pertambahan kes (lima daerah).
“Tetapi jumlah kes baharu yang tinggi di Kota Kinabalu dan Penampang yang keduanya berjumlah 35 kes mengakibatkan pertambahan jumlah kes baharu bagi negeri Sabah.
“Hanya daerah Sandakan merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar, iaitu sembilan kes,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurut beliau, sebanyak sembilan daerah kembali mencatatkan kes sifar hari ini setelah mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes semalam, manakala dua daerah yang sebelumnya tidak mencatatkan sebarang jangkitan merekodkan kes baharu hari ini.
“Jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu pula bertambah daripada sembilan kepada 16 daerah,” ujarnya.
Sebanyak 136 daripada 137 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 61 (44)
Penampang 42 (24)
Putatan 9 (11)
Papar 8 (4)
Tawau 6 (6)
Sandakan 3 (12)
Tuaran 3 (5)
Kudat 2 (0)
Pitas 1 (0)
Ranau 1 (2)
Tongod 1 (1)
Beaufort 0 (3)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (1)
Keningau 0 (2)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (2)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (1)
Semporna 0 (4)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 22/06)
Kluster Baharu
Tiada