PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di sebuah kondominium di Dutamas di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat tiga kondominium berkenaan.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Siasatan masih dijalankan dan makluman lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan,” katanya ringkas.